Lantaran satu alif sahaja.........
Seperti telah sama-sama kita ma'lumi bahawa Imam Nawawi rah.a. adalah seorang tokoh yg terkemuka dalam kelompok Mazhab Syaafi'ii.
Di sini dipetik sedikit keterangan atau kenyataan beliau rah.a. tentang solat tentang sah-batalnya solat. Semoga dgn penjelasan beliau ini semangat dan usha kita untuk terus memperbaiki mutu solat kita (menerusi ta'liim dan muzaakarah mithalnya) meningkat.
Berikut adalah kenyataan beliau rah.a. di dalam kitabnya AL-AZKAAR, Maktabah Al-Ghazaali, P.O.BOX 448, Damsyiq..iaitu pada halaman 74: [Mafhumnya : Barangsiapa (di dalam solatnya) bertakbiir (iaitu membaca ALLAAHU AKBAR) dengan lafaz ALLAAHU AKBAAR maka TELAH TIDAK SAH LAH solatnya iaitu batal lah solatnya).]
Begitulah penerangan beliau rah.a. Iaitu orang yg bersolat/bertakbiir itu telah menambah satu huruf ALIF di antara huruf BA' dan huruf RA' sehinggalah bertukarlah ALLAAHU AKBAR menjadi ALLAAHU AKBAAR !! Iaitu BAR menjadi BAAR !! Dari segi ma'na pun telah berubah:
ALAAHU AKBAR maknanya kira-kira ALLAAH MAHA BESAR dan
ALAAHU AKBAAR maknanya kira-kira ALLAAH ITU GENDANG BESAR.
Kalau dengan sengaja kita mengatakan (sama ada di dalam sembahyang atau di luar sembahyang) ALAAHU AKBAAR nescaya kita jatuh syirik. Kalau tanpa sengaja kita mengatakannya di dalam solat kerana tidak belajar (atau tidak bermuzaakarah) tidak sahlah solat kita itu !!
Betapa sempurna pun qiyaam/berdiri seseorang di dalam solat, betapa sempurna pun rukuu' seseorang di dalam solat, betapa sempurna pun i'tidaal seseorang di dalam solat, .begitu pun betapa sempurnanya bahagian-bahagian lain di dalam solat tetapi kalau bertakbiir dgn lafaz ALAAHU AKBAAR maka tidak sah lah solatnya, maka batal lah solatnya itu.
HANYA LANTARAN DITAMBAH SATU ALIF SAHAJA di dalam lafaz takbiir maka tidak sahlah solatnya itu !!! Bayangkan andaikata si yg bersolat itu telah bersolat dgn takbiir yg sedemikian rupa selama 60 tahun atau 40 tahun yg lalu!! ALANGKAH MALANGNYA SI FULAN ITU.....!!
Begitulah perlunya kita setiap masa dan ketika BERMUZAAKARAH mengenai perkara-perkara yg meyempurnakan solat kita, perkara-perkara yg membatalkan solat kita dsbnya...........
Kalau solat kita adalah seperti kain buruk yg dilemparkan ke muka kita sendiri, alangkah tersangat ruginya hidup kita ini...!! Ma'af jua dipinta. Semoga peringatan yg sedikit ini menyentuh perasaan kita ke arah memperkemaskan mutu solat kita. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar....
Wallaahu a'lam.
#Sumber : DUnia Macam-Macam[Facebook]
0 comments:
Post a Comment